Wednesday, May 13, 2009

Kuliah Minggu 3: Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Pengenalan
Perubahan dalam pendidikan merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan. Tettapi, perubahan yang berlaku dalam pendidikan kadang-kala akan mewujudkan ketidakpastian. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda. Perubahan adalah satu proses yang kompleks atau rumit. Perubahan sering dikaitkan dengan Proses Evolusi yang mengatakan perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan Proses Revolusi yang menghuraikan perubahan adalah pantas serta meninggalkan kesan yang membinasakan.

Jenis-jenis perubahan
Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1. Perubahan ke arah peningkatan
Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti: berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, memperkenalkan teknologi baru, mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan dan komitmen dan produktiviti staf.

2. Perubahan stategik Organisasi
Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur dan strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran.

3. Perubahan Reaktif
Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan. Sebagai contoh:perubahan yang dilakukan atas kepekaan pelanggan terhadap isu-isu semasa dan etika memerlukan organisasi atau perubahan dari segi prosedur dan cara layanan

4. Perubahan Akibat Daripada Jangkaan
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

Model-Model Perubahan
Terdapat empat model yang boleh digunakan dalam huraian perubahan, iaitu:
1. Model Pengggabungan Roger
2. Moderl Kanter
3. Model Rand
4. Model ACOT

1. Model Penggabungan Roger
Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti. Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang. Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak. Seterusnnya menghasilkan inovasi. Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan

2. Model Kanter
Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa 4 tugas utama iaitu
1. Penjanaan Idea
2. Membina Idea
3. Realisasi Idea
4. Pemindahan Idea

3. Model Rand
Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978). Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan serta memandu ke arah pengumpulan data dan analisis. Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan
3 langkah iaitu
Langkah 1: Daya usaha ( Initiation )
Langkah 2: Implementasi
Langkah 3: Penggabungan

4. MODEL ACOT
Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur. Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu
i. Kemasukan ( Entry )
ii. Memilih ( Adoption)
iii. Menyesuaikan ( Adaptation )
iv. Penggunaan ( Appropriation )
v. Mereka cipta ( Invention )

1 comment:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete