Sunday, May 3, 2009

Kuliah Minggu 2 (27 April 2009)

Tajuk: Reka Bentuk Kajian Tindakan

Kaedah-Kaedah Penyelidikan Tindakan
Kaedah-kaedah yang paling sesuai digunakan dalam penyelidikan tindakan ialah seperti berikut:

(a) Muhasabah Diri/Refleksi
Refleksi ialah satu proses yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Refleksi merupakan satu proses di mana guru mengingati dan merenung kembali serta memikirkan cara-cara untuk meningkatkan strategi pengajaran supaya ia lebih berkesan pada masa hadapan. Guru perlu membuat refleksi sebaik sahaja beliau tamatkan satu sesi pengajaran untuk membaiki lagi mutu pengajarannya. Proses refleksi terdiri daripada enam peringkat iaitu:
(a) Kefahaman - mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi
(b) Transformasi - merancang tindakan-tindakan pedagogi
(c) Pelaksanaan - melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-tindakan pedagogi yang dirancang
(d) Penilaian - menilai tindakan-tindakan yang telah diputuskan
(e) Refleksi - membuat refleksi terhadap tindakan-tindakan yang diambil
(f) Kefahaman baru - membuat atau merancang pengubahsuaian, peningkatan atau tindakan susulan.
Selain daripada penyelidikan tindakan, guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai pengajarannya dalam sebuab jurnal reflektif. Jurnal reflektif merujuk kepada sebuah buku yang mengandungi catatan­catatan tentang peristiwa-peristiwa atau masalah-masalah yang dihadapi dalam peringkat-peringkat pencapaian sesuatu objektif mata pelajaran. Catatan-catatan ini membolehkan guru membuat muhasabah kendiri, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan.

(b) Kajian Kes dan Pemerhatian
Kaedah-kaedah ini paling sesuai digunakan dalam penyelidikan tindakan. Dalam kaedah-kaedah ini, sesuatu kajian dijalankan secara saintifik dengan mengambil langkah-langkah yang berikut:
(a) Pernyataan masalah
(b) Cadangan hipotesis
(c) Rancangan pengumpulan data
(d) Menganalisis dan mengintepretasi data
(e) Membuat refleksi dan penilaian
Tujuan kajian secara saintifik ialah untuk memastikan bahawa terdapat kesahan dan kebolehpercayaan dalam penyelidikan tindakan.

No comments:

Post a Comment