Tuesday, May 26, 2009

Tugasan 2

Artikel pertama

Using Action Research to Improve Communication and Facilitate GroupWork in a Multicultural Classroom: A South African Case Study


Singh, P. (2007). Using Action Research to Improve Communication and Facilitate GroupWork in a Multicultural C lassroom: A South African Case Study. Syst Pract Act Res, 20, 293–304


Seting dan Sampel Kajian

Oleh kerana kajian tindakan ini dilakukan untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh sekumpulan pendidik dan pelajar, maka para peserta bukan dipilih oleh penyelidik. Kesemua peserta dalam kajian ini adalah menyertai kajian ini secara sukarela.. Peserta kajian ini adalah terdiri daripada pendidik dan pelajar dari University of KwaZulu-Natal dan the Durban Institute of Technology. Kedua-duanya merupakan institut tertiari di Afika Selatan di mana pelajarnya mempunyai latar belakang, budaya dan bahasa yang berbeza. Walau bagaimanapun, kajian ini adalah terbatas dari segi populasi dan lokasi geografi dan mungkin tidak menggambarkan situasi di kesemua institut tertiari.

Untuk menentukan reabiliti dan validiti kajian ini, kaedah triangulation digunakan. Tiga jenis sumber dianalisikan iaitu trankrip video-pita, nota lapangan dan transkrip video-pita perbincangan kumpulan.


Prosedur

Kajian ini pada mulanya mempunyai tiga fasa dan setiap peringkat mempunyai objektif yang sama. Setiap kumpulan diberi satu tajuk dan diminta mencari maklumat serta membuat pembacaan mengenai tajuk tersebut. Mereka perlu bekerja dalam kumpulan dan kerja individu adalah dilarang. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam untuk membuat perbentangan. Kemudian Setelah tamatnya satu fasa, penilaian akan dilakukan. Oleh kerana ketiga-tiga fasa yang telah dijalankan tidak memberikan keputusan yang memuaskan, maka penyelidik menambahkan lagi satu fasa.

Untuk fasa pertama, para peserta dibenarkan untuk memilih ahli kumpulan dengan syarat minimun enam dan maksimum sepuluh dalam satu kumpulan. Peserta-peserta membuat kumpulan mengikut pencapaian mereka di semester pertama dan kedua. Ketua kumpulan dipilih. Tiada markah yang diberikan ke atas tugasan dan hanya menggredkan tugasan sama ada lulus atau gagal sahaja.

Sebelum memulakan fasa kedua, beberapa perubahan dilakukan: walaupun peserta dibenarkan untuk memilih ahli kumpulan, tetapi mereka perlu memastikan bilangan peserta lelaki dan perempuan mesti sama. Selepas itu, para peserta diminta untuk membuat kumpulan mengikut kaum.

Dalam fasa ketiga, para peserta diminta untuk membuat kumpulan yang terdiri daripada satu jantina sahaja.

Pada akhir kajian ini, penyelidik memdapati keputusan kajian adalah tidak memuaskan. Setelah berbincang dengan pendidik dan peserta, maka semuanya bersetuju untuk menambahkan lagi satu fasa. Dalam fasa tambahan ini, para peserta diminta untuk membuat kumpulan tanpa sebarang syarat. Apa yang memeranjatkan penyelidik adalah setiap kumpulan terdiri daripada ahli yang pelbagai latar belakang. Dan disebabkan oleh pengalaman yang mereka ada, mereka dapat meyempurnakan tujasan dengan tepat serta berasa gembira di dalam keseluruhan proses tersebut.


Pengumpulan data

Pada akhir setiap fasa, para peserta diminta menjawab soal-selidik serta ditemuduga. Setiap jawapan yang diberikan akan dikumpulkan dan peratusan dikira.


Penganalisaan data

Tiada maklumat mengenai penganalisaan data.


______________________________________________________



Artikel kedua

Action research in schools – an important factor in teachers’ professional development


Vogrinc, J. and Zuljan, M.V. (2009). Action research in schools - animportant factor in teachers' professional development', Educational Studies, 35:1, 53 - 63


Seting

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji (1) perbezaan statistik dalam kerja penyelidikan antara guru yang berbeza tahun perkhimatan dan (2) perbezaan statistik dalam minat guru dalam bidang kajian antara guru yang berbeza peringkat.


Sampel

Soal-selidik telah dijawab oleh 274 guru di mana 87.8% daripadanya ialah perempuan dan 12.2% pula adalah lelaki. Lebih daripada separuh daripada peserta adalah guru sekolah rendah (58.4%) dan satu suku adalah guru sekolah menengah (23.3%). Seremai 14.1% pula merupakan guru pra-sekolah dan selebihnya ialah guru dari institut yang lain (contoh, sekolah berasrama, sekolah pendidikan khas, perpustakaan). Purata umur peserta ialah 40.87 tahun (sisihan piawai 7.74 tahun). Secara purata, mereka mempunyi pengalaman mengajar selama 17.58 tahun (sisihan piawai 8.93 tahun).


Prosedur

Para peserta diminta untuk menjawab soal-selidik yang telah disediakan.


Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan pada September 2006. Soal-selidik diberikan kepada kesemua peserta dan diminta untuk menjawab dengan jujur. Dalam artikel ini, keputusan yang dipaparkan adalah data yang dikumpul dengan berdasarkan skala penilaian tentang kesudian peserta dalam memberi kerjasama dalam proses kajian ini. Dengan menggunakan Cronbach’s Alpha Coefficient, skala penilaian telah mencapai tahap reliabiliti (α = 0.87) dan validiti yang memuaskan (varians 52.16%) Validiti juga disemak semula dengan menggunakan analisis faktor. Menurut hukum rtt≥√h2, skala penilaian (rtt = 0.82) adalah berada di tahap yang baik.


Penganalisaan data

Data daripada soal selidik telah diproses dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif dan inferensial. Prosedur statistik yang digunakan adalah: taburan frequensi pembolehubah, statistik diskriptif asas (min, mod dan median), χ2-test untuk hipotesis bebas, Levene’s test untuk varians (F-test), ANOVA satu hala, Games-Howell test, analisis faktor untuk menguji validiti dan reliabiliti instrument, dan juga Cronbach’s Alpha Coefficient untuk menguji reliability instrument.


_______________________________________________________



Artikel ketiga

A Participatory Action Research Study on Handwritten Annotation Feedback and Its Impact on Staff and Students


Ball, E. (2009). A Participatory Action Research Study on Handwritten Annotation Feedback and Its Impact on Staff and Students. Syst Pract Action Res, 22, 111–124


Setting

Anotasi telah diperkenalkan di United Kingdom (UK) School of Nursing setelah diaudit oleh sebuah universiti UK. Anotasi diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Lima kakitangan terlibat dalam kajian tindakan ini iaitu mengkaji persepsi anotasi.


Sample

Kajian ini dilakukan di United Kingdom University School of Nursing. Skrip pelajar dipilih secara rawak dan anitasi dianalisis dari segi kandungan, panjang dan tujuan. Soal-selidik telah diberikan kepada 74 kakitangan dan 249 pelajar. Kajian ini mengambil masa 3 bulan (dari Oktober 2006 sehingga Januari 2007).


Prosedur

Kajian ini adalah kajian yang berlangsung selama 3 bulan dan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

1. Menilai dan menganalisis praktik yang sedia ada

2. Mengkaji semula polisi dan amalan anotasi dalam bidang akademik

3. Menganalisis 40 skrip peringkat sarjana muda yang dipilih secara rawak

4. Temuduga separa struktur secara satu dengan satu yang dilaksanakan oleh pensyarah

5. Refleksi

6. Perancangan

7. Cadangan tindakan


Pengumpulan Data

Terdapat tiga cara yang digunakan untuk mengumpul data:

1. Nota lapangan

2. Analisis koleksi dokumen

3. Temuduga separa struktur


Penganalisaan Data

Analisis dalam kajian ini adalah menggunakan SPSS dan analisis matematik (taburan frekuensi, min, mod dan median).


____________________________________________________



Persamaan antara ketiga-tiga artikel

1. Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menggunakan teknik soal-selidil dan temuduga.

2. Peserta yang terlibat adalah berbeza status (contoh: kakitangan, guru dan pelajar).

3. Menggunakan kaedah penganalisisan data yang sama iaitu mengira mod, min dan median.

4. Kajian dibahagikan kepada beberapa peringkat.


Perbezaan ketiga-tiga artikel

1. Terdapat dua artikel yang melakukan kajian ke atas reliabiliti dan validiti.

2. Terdapat artikel yang memberikan cadangan, dan ada yang tidak.

No comments:

Post a Comment