Monday, May 18, 2009

Kuliah Minggu 4: Kajian Kepustakaan

Bahagian pertama:
Perbezaan antara Kajian tindakan, kajian eksperimental dan kajian tinjauan

Kajian tindakan:
Melakukan penambahbaikan terlebih dahulu sehinggalah ia benar-benar mantap dan biasanya kajian tindakan tidak mempunyai hipotesis.

Kajian eksperimental:
Pengkaji tidak melakukan sendiri eksperimen, tetapi ia dilakukan oleh orang lain kerana dibimbangi berlakunya ketidakjujuran. Namun begitu, metod kajian adalah sama cuma tiada sebarang penembahbaikan dilakukan.

Kajian tinjauan:
Dilakukan bagi mendapatkan maklumat/input awal atau intervensi. Dengan menggunakan teknik ini, guru dapat mengetahui apa yang pelajar inginkan.

Bahagian kedua:
Pengenalan kepada kajian kepustakaan

Kajian Kepustakaan yang dikenali sebagai literature review dalam Bahasa Inggeris merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Sebelum memulakan kajian, para pengkaji mesti membuat kajian kepustakaan kerana ia dapat memberikan panduan serta idea yang baik untuk memulakan sesuatu kajian. Tetapi kajian kepustakaan ini harus diteruskan dan sering diamalkan dalam proses kajian supaya dapat memperolehi maklumat yang terkini dan berguna. Kajian Perpustakaan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menginterpretasi maklumat yang dirujuk.

Langkag-langkah dalam kajian kepustakaan
1) Membanding beza- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, fizikal, dan unsur dan digunakan dalam membuat keputusan.
2) Menganalisis -mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
3) Menilai- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Ia digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu,menerima atau menolak sesuatu.
4) Membuat kesimpulan- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau memperkukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
5) Mensintesis - menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan esei, lukisan dan artifak.

No comments:

Post a Comment