Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Research that produces nothing but books will not suffice.
Kurt Lewin (1948) Resolving Social Conflicts

Kajian Tindakan
Kajian tindakan menawarkan satu kaedah penyelidikan kepada penyelidik-penyelidik dan kajian tindakan boleh membangkitan semula minat para pneyelidik untuk terus mengembangkan penyelidikan kurikulum yang bagus. Kajian tindakan menawarkan permulaan menarik yang baru untuk pembangunan kurikulum dan profesion. Kepentingan kajian tindakan tidak sepatutnya dipandang rendah. Kajian tindakan, sebagai panduan para penyelidik, adalah satu ideologi yang menekankan penyelidik merupakan penggubal serta pengguna sesuatu kurikulum; ia juga merupakan satu amalan yang tidak membezakan amalan megkaji dan proses mengkaji semula. Matlamat akhir kajian tindakan adalah untuk memahami kerana kefahaman merupakan asas kepada penambahbaikan.
Kajian tindakan telah digunakan untuk memahami masalah sosial sedunia serta untuk meningkatkan kualiti hidup dalam seting sosial. Kajian tindakan telah digunakan dalam bidang perindustrian, kesihatan, pendidikan, dan masyarakat seting kelakuan (Clark , 1976; Marsh et al., 1984; McKernan, 1988a; Selander , 1987; Wallace , 1987). Oleh yang demikian, kajian tindakan tidak dimonopoli oleh mana-mana bidang.
Tujuan penyelidikan tindakan adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah penyelidik-penyelidik yang berlaku setiap hari ataupun yang berterusan.. Elliott (1981) telah mentakrifkan penyelidikan tindakan sebagai 'kajian satu keadaan sosial dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti tindakan dalamnya'. Kajian tindakan menjalankan oleh penyelidik untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang peristiwa-peristiwa, situasi-situasi dan masalah-masalah supaya dapat meningkatkan keberkesanannya.
Satu daripada takrif-takrif yang terbanyak disyebut adalah takrifan Rapoport (Rapoport , 1970:499) iaitu 'kajian tindakan bertujuan untuk memberikan perhatian kepada golongan yang bermasalah dan juga matlamat-matlamat sains sosial dengan bekerjasama dalam satu rangka kerja.' Rapoport melihat kajian tindakan seperti satu penyelidikan yang melibatkan barisan peserta bermasalah dalam mencari penyelesaian.

Kajian tindakan sering digunakan untuk meningkatkan seting sosial, seperti apa yang dijelaskan oleh Bogdan dan Bikien (1982:215): 'Kajian tindakan merupakan proses pengumpulan maklumat sistematik untuk mengakibatkan perubahan sosial.'


Takrif umum kajian tindakan:

Kajian tindakan merupakan satu proses reflektif dalam satu bidang khas, denganharapan untuk meningkatkan amalan atau pemahaman peribadi, dengan menjalankan siasatan dahula, untuk mentakrifkan masalah dengan jelas; langkah keduanya pula ialah untuk menentukan pelan tindakan termasuk ujian hipotesis ke atas masalah. Kemudian proses penilaian dilakukan untuk memantau keberkesanan tindakan yang telah diambil. Akhirnya, para penyelidik memikirkan, menjelaskan penambahbaikan yang diperlukan, serta mengemukakan keputusan kepadapenyelidik yang lain. Kajian tindakan adalah penyelidikan saintifik yang sistematik yang berterusan untuk penambahbaikan sesuatu amalan.

Takrifan ini menekankan dua konsep penting: pertama, kajian tindakan adalah tegas, siasatan bersistematikyang menggunakan kaedah saintifik; dan kedua, para penyelidik telah berfikir dengan kritikal tentang proses yang terlibat dan keputusan.

Sebab-sebab untuk melakukan kajian tindakan

Daripada kepercayaan bahawa sesuatu masalah adalah paling difahami dan paling sesuai diselesaikan oleh penyelidik yang berada dalam bidang yang berkaitan, maka guru-guru merupakan calon yang paling sesuai untuk melakukan kajian tindakan di dalam sekolah kerana guru berhadapan dengan murid atau pelajar setiap hari. Walaupun terdapat golongan yang mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar untuk menyelesaikan masalah dalam sekolah, tetapi kadang-kala penyelesaikan yang diberikan kurang sesuai dengan situasi sebenar.

Banyak teori-teori telah diberikan semasa latihan guru di maktab atau di universiti. Oleh yang demikian, sampailah masa untuk guru-guru mempraktikan teori yang telah dipelajari serta menyelidik keberkesanan setiap teori ke atas pelajar. John Elliot (1987) menekankan bahawa selain daripada matlamat dalam akademik, para penyelidik/guru perlu memberikan perhatian ke atas pembangunan insan. Jika berlaku sesuatu masalah di dalam sekolah, apa yang perlu dilakukan oleh guru ialah mendapatkan penyelesaian ke atas sesuatu masalah dan bukannya menggunakan teori-teori untuk menjelaskan apa yang telah berlaku atau mewujudkan teori yang baru. Jadi para guru perlu melakukan kajian tindakan untuk memahami keadaan tersebut sebelum mendapatkan cara penyelesaian. Peranan seorang guru bukan sahaja menyalurkan ilmu kepada pelajar tetapi juga memahami kehendak serta keperluan pelajar.

Model-Model Kajian Tindakan

Model Kajian Tindakan Lewin

Kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Lewin (1947) adalah terdiri daripada satu siri tindakan yang terdiri daripada perancangan, penumpulan data, pelaksanaan dan analisis. Lewin percaya bahawa sains sosial dapat memberi kesan kepada kehidupan sosial. Rajah 1.1 menerangkan model kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Lewin. Ia merupakan satu proses yang berulangan ke atas analisis, pengenalan masalah, perancangan, pelaksanaan dan pemantaukan keberkesanan. Idea utama Lewin ialah proses sosial boleh dikaji dengan melakukan perubahan dan kemudiannya meneliti secara saintifik kesan perubahan tersebut. Idea ini juga menekankan bahawa proses penilaian merupakan proses yang berulangan dengan tujuan menambaibaikan kualiti.

Model Elliott

Model Elliott untuk kajian tindakan adalah seperi dalam rajah 1.2. Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Rajah 1.2 Model Kajian Tindakan Elliot


Model Ebbutt

David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.


Rajah 1.3 Model Kajian Tindakan Ebbutt


Model Proses Kajian Tindakan Deakin

Model proses kajian tindakan Deakin adalah berbentuk pilin. Setiap kitaran terdiri daripada empat elemen iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian serta penyemakan semula.

Rajah 1.4 Model proses kajian tindakan Deakin


Kaedah-Kaedah Untuk Pemerolehan Data

i) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu melibatkan diri atau tidak melibatkan diri. Pemerhatian yang melibatkan diri memerlukan penglibatan penyelidik dalam aktiviti kumpulan kajian secara langsung. Mungkin identiti dan tujuan sebenar tidak diketahui oleh kumpulan kajian. Kaedah pemerhatian yang tidak melibatkan diri, penyelidik tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan kajian tetapi memerhati pergerakkan meraka dari jauh dan kumpulan kajian tidak kenal atau mengetahi kewujudan penyelidik.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

1. Kajian adalah dalam keadaan yang semulajadi dan tiada unsure lakonan.

2. Penyelidik mempunyai masa yang lebih panjang berbanding dengan kaedah soal-selidik.

3. Penyelidik boleh membuat pemerhatian ke atas kelakuan non-verbal seperti pergerakkan anggota badan dan air muka.

Keburukkan Kaedah Pemerhatian

1. Data-data yang diperolehi kadang-kala sukar untuk diukur dengan angka.

2. Populasi yang mampu diperhatikan terhad dan menyebabkan sample kecil.

3. Jika sample pemcerapan tidak besar, maka perlu melakukan generalisasi.

4. Jika kumpulan kajian mengetahui kehadiran penyelidik, maka meraka akan menjadi kurang selesa dan mungkin berlaku lakonan.


ii) Soal-Selidik

Menurut Kemmis dan McTaggart, 1988, soal selidik ialah soalan bertulis yang memerlukan respon. Kaedah soal-selidik merupakan kaedah yang paling biasa digunakan oleh para penyelidik (Elliot, 1978b; Walker, 1985; Hook, 1985). Kumpulan kajian akan diberikan satu borang soal-selidik dan diminta menjawab kesemua soalan dengan jujur dan ikhlas.

Data-data dari borang soal-selidik adalah senang diurus kerana jawapan telah disediakan. Oleh itu, jawapan perlulah senang difahami dan jelas.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai keburukan iaitu:

1. Adalah sukar untuk menyediakan satu soal-selidik yang mengandungi soalan yang baik

2. Proses analisis mengambil masa yang panjang.

3. Sesetengah responden tidak menjawab dengan jujur.

iii) Temubual

Temubual merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan data. Kaedah temubual adalah lebih kurang sama dengan kaedah soal-selidik tetapi temubual melibatkan interaksi bersemuka antara individu. Kaedah ini mempunyai lebih banyak kebaikan jika berbanding dengan kaedah soal-selidik kerana penyelidik boleh memerhatikan responden. Selain itu, penyelidik mempunyai peluang untuk mendalami atau memperoleho lebiih banyak data atau maklumat. Kaedah ini boleh dibahagiakan kepada tiga jenis iaitu temubual tersusun, temubual separa susun dan temubual tak tersusun. Temubual tersusun ialah temubual yang telah disediakan senarai soalan. Temubual separa susun pula mempunyai soalan tambahan selain daripada senarai soalan yang ditetapkan. Manakala temubual taktersusun ialah penanyaan soalan yang berlaian dan rawak, bergantung kepada penyelidik.

Menganalisis Data Kajian Tindakan

Hopkins (1985) telah menyenaraikan empat peringkat dalam analisis data:

i) Pengumpulan data

ii) Pengesahan

iii) Pentafsiran

iv) Tindakan

Panduan untuk Penganalisaan Data

Peringkat pertama: Pemprosesan data

Setelah data-data dikumpul, ia perlu disusun mengikut kumpulan atau kategori supaya senang dianalisiskan. Pastikan setiap kategori mempunyai perbezaan yang nyata. Bagi menyenangkan proses analisi, penyelidik boleh menggunakan kaedah koding di mana kategori 1 dikodkan dengan 1, kategori 2 dikodkan dengan 2 dan seterusnya.

Peringkat kedua: Memetakan data dengan memaparkan frekensi setiap kategori

Setelah kesemua data disusun, penyelidik perlu menggunakan keadah jadual untuk mempersembahkan data-data yang diperolehinya. Dengan menggunakan jadual, taburan setiap kategori akan menjadi lebih jelas.

Peringkat ketiga: Pentaksiran data/Pembinaan Model

Pentaksiran data boleh dilakukan selepas data-data dipersembahakan dalam bentuk jadual. Pentaksiran boleh dari segi tersurat atau tersirat. Selain itu, penyelidik boleh membuat kaitan antara kategori-kategori kajiannya dengan teori-teori serta membina model berasakan teori. Usaha uini boleh dilakukan dengan bantuan perisian computer.

Peringkat keempat: Persembahan keputusan – melaporkan kesimpulan

Peringkat yang terakhir ialah melaporkan keputusan dan kesimpulan yang diperolehi daripada kajian. Pada akhir laporan, biasanya cadangan dan penambahbaikan dikemukakan.

Reliabiliti dan Validiti

Segala keputusan dan kesimpulan perlulah dapat disokong oleh teori-teori tertentu. Reliabiliti sesuatu kajian tindakan boleh ditentukan dengan melakukan kajian yang sama. Reliabiliti adalah tinggi sekiranya keputusan kedua-dua kajian adalah hamper sama. Selain itu, penyelidik juga boleh melakukan kajian kepustakaan untuk mendapatkan laporan kajian yang telah dilakukan sebelumnya untuk membuat perbandingan keputusan.

Validiti boleh ditentukan dengan melakukan “triangulation’. Triangulation ialah kaedah yang mengumpulkan data daripada tiga pihak yang berlainan. Sebagai contoh, kajian tindakan ke atas situasi pengajaran, triangulation ialah pengumpulan data daripada guru, pelajar dan pemerhati iaitu tiga pihak yang berlainan. Tujuan utama triangulation ialah untuk membanding keputusan ketiga-tiga pihak dan mengenalpasti konflik data. Selain itu, kaedah triangulation juga boleh dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment