Tuesday, May 26, 2009

Tugasan 2

Artikel pertama

Using Action Research to Improve Communication and Facilitate GroupWork in a Multicultural Classroom: A South African Case Study


Singh, P. (2007). Using Action Research to Improve Communication and Facilitate GroupWork in a Multicultural C lassroom: A South African Case Study. Syst Pract Act Res, 20, 293–304


Seting dan Sampel Kajian

Oleh kerana kajian tindakan ini dilakukan untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh sekumpulan pendidik dan pelajar, maka para peserta bukan dipilih oleh penyelidik. Kesemua peserta dalam kajian ini adalah menyertai kajian ini secara sukarela.. Peserta kajian ini adalah terdiri daripada pendidik dan pelajar dari University of KwaZulu-Natal dan the Durban Institute of Technology. Kedua-duanya merupakan institut tertiari di Afika Selatan di mana pelajarnya mempunyai latar belakang, budaya dan bahasa yang berbeza. Walau bagaimanapun, kajian ini adalah terbatas dari segi populasi dan lokasi geografi dan mungkin tidak menggambarkan situasi di kesemua institut tertiari.

Untuk menentukan reabiliti dan validiti kajian ini, kaedah triangulation digunakan. Tiga jenis sumber dianalisikan iaitu trankrip video-pita, nota lapangan dan transkrip video-pita perbincangan kumpulan.


Prosedur

Kajian ini pada mulanya mempunyai tiga fasa dan setiap peringkat mempunyai objektif yang sama. Setiap kumpulan diberi satu tajuk dan diminta mencari maklumat serta membuat pembacaan mengenai tajuk tersebut. Mereka perlu bekerja dalam kumpulan dan kerja individu adalah dilarang. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam untuk membuat perbentangan. Kemudian Setelah tamatnya satu fasa, penilaian akan dilakukan. Oleh kerana ketiga-tiga fasa yang telah dijalankan tidak memberikan keputusan yang memuaskan, maka penyelidik menambahkan lagi satu fasa.

Untuk fasa pertama, para peserta dibenarkan untuk memilih ahli kumpulan dengan syarat minimun enam dan maksimum sepuluh dalam satu kumpulan. Peserta-peserta membuat kumpulan mengikut pencapaian mereka di semester pertama dan kedua. Ketua kumpulan dipilih. Tiada markah yang diberikan ke atas tugasan dan hanya menggredkan tugasan sama ada lulus atau gagal sahaja.

Sebelum memulakan fasa kedua, beberapa perubahan dilakukan: walaupun peserta dibenarkan untuk memilih ahli kumpulan, tetapi mereka perlu memastikan bilangan peserta lelaki dan perempuan mesti sama. Selepas itu, para peserta diminta untuk membuat kumpulan mengikut kaum.

Dalam fasa ketiga, para peserta diminta untuk membuat kumpulan yang terdiri daripada satu jantina sahaja.

Pada akhir kajian ini, penyelidik memdapati keputusan kajian adalah tidak memuaskan. Setelah berbincang dengan pendidik dan peserta, maka semuanya bersetuju untuk menambahkan lagi satu fasa. Dalam fasa tambahan ini, para peserta diminta untuk membuat kumpulan tanpa sebarang syarat. Apa yang memeranjatkan penyelidik adalah setiap kumpulan terdiri daripada ahli yang pelbagai latar belakang. Dan disebabkan oleh pengalaman yang mereka ada, mereka dapat meyempurnakan tujasan dengan tepat serta berasa gembira di dalam keseluruhan proses tersebut.


Pengumpulan data

Pada akhir setiap fasa, para peserta diminta menjawab soal-selidik serta ditemuduga. Setiap jawapan yang diberikan akan dikumpulkan dan peratusan dikira.


Penganalisaan data

Tiada maklumat mengenai penganalisaan data.


______________________________________________________



Artikel kedua

Action research in schools – an important factor in teachers’ professional development


Vogrinc, J. and Zuljan, M.V. (2009). Action research in schools - animportant factor in teachers' professional development', Educational Studies, 35:1, 53 - 63


Seting

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji (1) perbezaan statistik dalam kerja penyelidikan antara guru yang berbeza tahun perkhimatan dan (2) perbezaan statistik dalam minat guru dalam bidang kajian antara guru yang berbeza peringkat.


Sampel

Soal-selidik telah dijawab oleh 274 guru di mana 87.8% daripadanya ialah perempuan dan 12.2% pula adalah lelaki. Lebih daripada separuh daripada peserta adalah guru sekolah rendah (58.4%) dan satu suku adalah guru sekolah menengah (23.3%). Seremai 14.1% pula merupakan guru pra-sekolah dan selebihnya ialah guru dari institut yang lain (contoh, sekolah berasrama, sekolah pendidikan khas, perpustakaan). Purata umur peserta ialah 40.87 tahun (sisihan piawai 7.74 tahun). Secara purata, mereka mempunyi pengalaman mengajar selama 17.58 tahun (sisihan piawai 8.93 tahun).


Prosedur

Para peserta diminta untuk menjawab soal-selidik yang telah disediakan.


Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan pada September 2006. Soal-selidik diberikan kepada kesemua peserta dan diminta untuk menjawab dengan jujur. Dalam artikel ini, keputusan yang dipaparkan adalah data yang dikumpul dengan berdasarkan skala penilaian tentang kesudian peserta dalam memberi kerjasama dalam proses kajian ini. Dengan menggunakan Cronbach’s Alpha Coefficient, skala penilaian telah mencapai tahap reliabiliti (α = 0.87) dan validiti yang memuaskan (varians 52.16%) Validiti juga disemak semula dengan menggunakan analisis faktor. Menurut hukum rtt≥√h2, skala penilaian (rtt = 0.82) adalah berada di tahap yang baik.


Penganalisaan data

Data daripada soal selidik telah diproses dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif dan inferensial. Prosedur statistik yang digunakan adalah: taburan frequensi pembolehubah, statistik diskriptif asas (min, mod dan median), χ2-test untuk hipotesis bebas, Levene’s test untuk varians (F-test), ANOVA satu hala, Games-Howell test, analisis faktor untuk menguji validiti dan reliabiliti instrument, dan juga Cronbach’s Alpha Coefficient untuk menguji reliability instrument.


_______________________________________________________



Artikel ketiga

A Participatory Action Research Study on Handwritten Annotation Feedback and Its Impact on Staff and Students


Ball, E. (2009). A Participatory Action Research Study on Handwritten Annotation Feedback and Its Impact on Staff and Students. Syst Pract Action Res, 22, 111–124


Setting

Anotasi telah diperkenalkan di United Kingdom (UK) School of Nursing setelah diaudit oleh sebuah universiti UK. Anotasi diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Lima kakitangan terlibat dalam kajian tindakan ini iaitu mengkaji persepsi anotasi.


Sample

Kajian ini dilakukan di United Kingdom University School of Nursing. Skrip pelajar dipilih secara rawak dan anitasi dianalisis dari segi kandungan, panjang dan tujuan. Soal-selidik telah diberikan kepada 74 kakitangan dan 249 pelajar. Kajian ini mengambil masa 3 bulan (dari Oktober 2006 sehingga Januari 2007).


Prosedur

Kajian ini adalah kajian yang berlangsung selama 3 bulan dan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

1. Menilai dan menganalisis praktik yang sedia ada

2. Mengkaji semula polisi dan amalan anotasi dalam bidang akademik

3. Menganalisis 40 skrip peringkat sarjana muda yang dipilih secara rawak

4. Temuduga separa struktur secara satu dengan satu yang dilaksanakan oleh pensyarah

5. Refleksi

6. Perancangan

7. Cadangan tindakan


Pengumpulan Data

Terdapat tiga cara yang digunakan untuk mengumpul data:

1. Nota lapangan

2. Analisis koleksi dokumen

3. Temuduga separa struktur


Penganalisaan Data

Analisis dalam kajian ini adalah menggunakan SPSS dan analisis matematik (taburan frekuensi, min, mod dan median).


____________________________________________________



Persamaan antara ketiga-tiga artikel

1. Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menggunakan teknik soal-selidil dan temuduga.

2. Peserta yang terlibat adalah berbeza status (contoh: kakitangan, guru dan pelajar).

3. Menggunakan kaedah penganalisisan data yang sama iaitu mengira mod, min dan median.

4. Kajian dibahagikan kepada beberapa peringkat.


Perbezaan ketiga-tiga artikel

1. Terdapat dua artikel yang melakukan kajian ke atas reliabiliti dan validiti.

2. Terdapat artikel yang memberikan cadangan, dan ada yang tidak.

Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Research that produces nothing but books will not suffice.
Kurt Lewin (1948) Resolving Social Conflicts

Kajian Tindakan
Kajian tindakan menawarkan satu kaedah penyelidikan kepada penyelidik-penyelidik dan kajian tindakan boleh membangkitan semula minat para pneyelidik untuk terus mengembangkan penyelidikan kurikulum yang bagus. Kajian tindakan menawarkan permulaan menarik yang baru untuk pembangunan kurikulum dan profesion. Kepentingan kajian tindakan tidak sepatutnya dipandang rendah. Kajian tindakan, sebagai panduan para penyelidik, adalah satu ideologi yang menekankan penyelidik merupakan penggubal serta pengguna sesuatu kurikulum; ia juga merupakan satu amalan yang tidak membezakan amalan megkaji dan proses mengkaji semula. Matlamat akhir kajian tindakan adalah untuk memahami kerana kefahaman merupakan asas kepada penambahbaikan.
Kajian tindakan telah digunakan untuk memahami masalah sosial sedunia serta untuk meningkatkan kualiti hidup dalam seting sosial. Kajian tindakan telah digunakan dalam bidang perindustrian, kesihatan, pendidikan, dan masyarakat seting kelakuan (Clark , 1976; Marsh et al., 1984; McKernan, 1988a; Selander , 1987; Wallace , 1987). Oleh yang demikian, kajian tindakan tidak dimonopoli oleh mana-mana bidang.
Tujuan penyelidikan tindakan adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah penyelidik-penyelidik yang berlaku setiap hari ataupun yang berterusan.. Elliott (1981) telah mentakrifkan penyelidikan tindakan sebagai 'kajian satu keadaan sosial dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti tindakan dalamnya'. Kajian tindakan menjalankan oleh penyelidik untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang peristiwa-peristiwa, situasi-situasi dan masalah-masalah supaya dapat meningkatkan keberkesanannya.
Satu daripada takrif-takrif yang terbanyak disyebut adalah takrifan Rapoport (Rapoport , 1970:499) iaitu 'kajian tindakan bertujuan untuk memberikan perhatian kepada golongan yang bermasalah dan juga matlamat-matlamat sains sosial dengan bekerjasama dalam satu rangka kerja.' Rapoport melihat kajian tindakan seperti satu penyelidikan yang melibatkan barisan peserta bermasalah dalam mencari penyelesaian.

Kajian tindakan sering digunakan untuk meningkatkan seting sosial, seperti apa yang dijelaskan oleh Bogdan dan Bikien (1982:215): 'Kajian tindakan merupakan proses pengumpulan maklumat sistematik untuk mengakibatkan perubahan sosial.'


Takrif umum kajian tindakan:

Kajian tindakan merupakan satu proses reflektif dalam satu bidang khas, denganharapan untuk meningkatkan amalan atau pemahaman peribadi, dengan menjalankan siasatan dahula, untuk mentakrifkan masalah dengan jelas; langkah keduanya pula ialah untuk menentukan pelan tindakan termasuk ujian hipotesis ke atas masalah. Kemudian proses penilaian dilakukan untuk memantau keberkesanan tindakan yang telah diambil. Akhirnya, para penyelidik memikirkan, menjelaskan penambahbaikan yang diperlukan, serta mengemukakan keputusan kepadapenyelidik yang lain. Kajian tindakan adalah penyelidikan saintifik yang sistematik yang berterusan untuk penambahbaikan sesuatu amalan.

Takrifan ini menekankan dua konsep penting: pertama, kajian tindakan adalah tegas, siasatan bersistematikyang menggunakan kaedah saintifik; dan kedua, para penyelidik telah berfikir dengan kritikal tentang proses yang terlibat dan keputusan.

Sebab-sebab untuk melakukan kajian tindakan

Daripada kepercayaan bahawa sesuatu masalah adalah paling difahami dan paling sesuai diselesaikan oleh penyelidik yang berada dalam bidang yang berkaitan, maka guru-guru merupakan calon yang paling sesuai untuk melakukan kajian tindakan di dalam sekolah kerana guru berhadapan dengan murid atau pelajar setiap hari. Walaupun terdapat golongan yang mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar untuk menyelesaikan masalah dalam sekolah, tetapi kadang-kala penyelesaikan yang diberikan kurang sesuai dengan situasi sebenar.

Banyak teori-teori telah diberikan semasa latihan guru di maktab atau di universiti. Oleh yang demikian, sampailah masa untuk guru-guru mempraktikan teori yang telah dipelajari serta menyelidik keberkesanan setiap teori ke atas pelajar. John Elliot (1987) menekankan bahawa selain daripada matlamat dalam akademik, para penyelidik/guru perlu memberikan perhatian ke atas pembangunan insan. Jika berlaku sesuatu masalah di dalam sekolah, apa yang perlu dilakukan oleh guru ialah mendapatkan penyelesaian ke atas sesuatu masalah dan bukannya menggunakan teori-teori untuk menjelaskan apa yang telah berlaku atau mewujudkan teori yang baru. Jadi para guru perlu melakukan kajian tindakan untuk memahami keadaan tersebut sebelum mendapatkan cara penyelesaian. Peranan seorang guru bukan sahaja menyalurkan ilmu kepada pelajar tetapi juga memahami kehendak serta keperluan pelajar.

Model-Model Kajian Tindakan

Model Kajian Tindakan Lewin

Kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Lewin (1947) adalah terdiri daripada satu siri tindakan yang terdiri daripada perancangan, penumpulan data, pelaksanaan dan analisis. Lewin percaya bahawa sains sosial dapat memberi kesan kepada kehidupan sosial. Rajah 1.1 menerangkan model kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Lewin. Ia merupakan satu proses yang berulangan ke atas analisis, pengenalan masalah, perancangan, pelaksanaan dan pemantaukan keberkesanan. Idea utama Lewin ialah proses sosial boleh dikaji dengan melakukan perubahan dan kemudiannya meneliti secara saintifik kesan perubahan tersebut. Idea ini juga menekankan bahawa proses penilaian merupakan proses yang berulangan dengan tujuan menambaibaikan kualiti.

Model Elliott

Model Elliott untuk kajian tindakan adalah seperi dalam rajah 1.2. Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Rajah 1.2 Model Kajian Tindakan Elliot


Model Ebbutt

David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.


Rajah 1.3 Model Kajian Tindakan Ebbutt


Model Proses Kajian Tindakan Deakin

Model proses kajian tindakan Deakin adalah berbentuk pilin. Setiap kitaran terdiri daripada empat elemen iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian serta penyemakan semula.

Rajah 1.4 Model proses kajian tindakan Deakin


Kaedah-Kaedah Untuk Pemerolehan Data

i) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu melibatkan diri atau tidak melibatkan diri. Pemerhatian yang melibatkan diri memerlukan penglibatan penyelidik dalam aktiviti kumpulan kajian secara langsung. Mungkin identiti dan tujuan sebenar tidak diketahui oleh kumpulan kajian. Kaedah pemerhatian yang tidak melibatkan diri, penyelidik tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan kajian tetapi memerhati pergerakkan meraka dari jauh dan kumpulan kajian tidak kenal atau mengetahi kewujudan penyelidik.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

1. Kajian adalah dalam keadaan yang semulajadi dan tiada unsure lakonan.

2. Penyelidik mempunyai masa yang lebih panjang berbanding dengan kaedah soal-selidik.

3. Penyelidik boleh membuat pemerhatian ke atas kelakuan non-verbal seperti pergerakkan anggota badan dan air muka.

Keburukkan Kaedah Pemerhatian

1. Data-data yang diperolehi kadang-kala sukar untuk diukur dengan angka.

2. Populasi yang mampu diperhatikan terhad dan menyebabkan sample kecil.

3. Jika sample pemcerapan tidak besar, maka perlu melakukan generalisasi.

4. Jika kumpulan kajian mengetahui kehadiran penyelidik, maka meraka akan menjadi kurang selesa dan mungkin berlaku lakonan.


ii) Soal-Selidik

Menurut Kemmis dan McTaggart, 1988, soal selidik ialah soalan bertulis yang memerlukan respon. Kaedah soal-selidik merupakan kaedah yang paling biasa digunakan oleh para penyelidik (Elliot, 1978b; Walker, 1985; Hook, 1985). Kumpulan kajian akan diberikan satu borang soal-selidik dan diminta menjawab kesemua soalan dengan jujur dan ikhlas.

Data-data dari borang soal-selidik adalah senang diurus kerana jawapan telah disediakan. Oleh itu, jawapan perlulah senang difahami dan jelas.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai keburukan iaitu:

1. Adalah sukar untuk menyediakan satu soal-selidik yang mengandungi soalan yang baik

2. Proses analisis mengambil masa yang panjang.

3. Sesetengah responden tidak menjawab dengan jujur.

iii) Temubual

Temubual merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan data. Kaedah temubual adalah lebih kurang sama dengan kaedah soal-selidik tetapi temubual melibatkan interaksi bersemuka antara individu. Kaedah ini mempunyai lebih banyak kebaikan jika berbanding dengan kaedah soal-selidik kerana penyelidik boleh memerhatikan responden. Selain itu, penyelidik mempunyai peluang untuk mendalami atau memperoleho lebiih banyak data atau maklumat. Kaedah ini boleh dibahagiakan kepada tiga jenis iaitu temubual tersusun, temubual separa susun dan temubual tak tersusun. Temubual tersusun ialah temubual yang telah disediakan senarai soalan. Temubual separa susun pula mempunyai soalan tambahan selain daripada senarai soalan yang ditetapkan. Manakala temubual taktersusun ialah penanyaan soalan yang berlaian dan rawak, bergantung kepada penyelidik.

Menganalisis Data Kajian Tindakan

Hopkins (1985) telah menyenaraikan empat peringkat dalam analisis data:

i) Pengumpulan data

ii) Pengesahan

iii) Pentafsiran

iv) Tindakan

Panduan untuk Penganalisaan Data

Peringkat pertama: Pemprosesan data

Setelah data-data dikumpul, ia perlu disusun mengikut kumpulan atau kategori supaya senang dianalisiskan. Pastikan setiap kategori mempunyai perbezaan yang nyata. Bagi menyenangkan proses analisi, penyelidik boleh menggunakan kaedah koding di mana kategori 1 dikodkan dengan 1, kategori 2 dikodkan dengan 2 dan seterusnya.

Peringkat kedua: Memetakan data dengan memaparkan frekensi setiap kategori

Setelah kesemua data disusun, penyelidik perlu menggunakan keadah jadual untuk mempersembahkan data-data yang diperolehinya. Dengan menggunakan jadual, taburan setiap kategori akan menjadi lebih jelas.

Peringkat ketiga: Pentaksiran data/Pembinaan Model

Pentaksiran data boleh dilakukan selepas data-data dipersembahakan dalam bentuk jadual. Pentaksiran boleh dari segi tersurat atau tersirat. Selain itu, penyelidik boleh membuat kaitan antara kategori-kategori kajiannya dengan teori-teori serta membina model berasakan teori. Usaha uini boleh dilakukan dengan bantuan perisian computer.

Peringkat keempat: Persembahan keputusan – melaporkan kesimpulan

Peringkat yang terakhir ialah melaporkan keputusan dan kesimpulan yang diperolehi daripada kajian. Pada akhir laporan, biasanya cadangan dan penambahbaikan dikemukakan.

Reliabiliti dan Validiti

Segala keputusan dan kesimpulan perlulah dapat disokong oleh teori-teori tertentu. Reliabiliti sesuatu kajian tindakan boleh ditentukan dengan melakukan kajian yang sama. Reliabiliti adalah tinggi sekiranya keputusan kedua-dua kajian adalah hamper sama. Selain itu, penyelidik juga boleh melakukan kajian kepustakaan untuk mendapatkan laporan kajian yang telah dilakukan sebelumnya untuk membuat perbandingan keputusan.

Validiti boleh ditentukan dengan melakukan “triangulation’. Triangulation ialah kaedah yang mengumpulkan data daripada tiga pihak yang berlainan. Sebagai contoh, kajian tindakan ke atas situasi pengajaran, triangulation ialah pengumpulan data daripada guru, pelajar dan pemerhati iaitu tiga pihak yang berlainan. Tujuan utama triangulation ialah untuk membanding keputusan ketiga-tiga pihak dan mengenalpasti konflik data. Selain itu, kaedah triangulation juga boleh dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

Monday, May 18, 2009

Kuliah Minggu 4: Kajian Kepustakaan

Bahagian pertama:
Perbezaan antara Kajian tindakan, kajian eksperimental dan kajian tinjauan

Kajian tindakan:
Melakukan penambahbaikan terlebih dahulu sehinggalah ia benar-benar mantap dan biasanya kajian tindakan tidak mempunyai hipotesis.

Kajian eksperimental:
Pengkaji tidak melakukan sendiri eksperimen, tetapi ia dilakukan oleh orang lain kerana dibimbangi berlakunya ketidakjujuran. Namun begitu, metod kajian adalah sama cuma tiada sebarang penembahbaikan dilakukan.

Kajian tinjauan:
Dilakukan bagi mendapatkan maklumat/input awal atau intervensi. Dengan menggunakan teknik ini, guru dapat mengetahui apa yang pelajar inginkan.

Bahagian kedua:
Pengenalan kepada kajian kepustakaan

Kajian Kepustakaan yang dikenali sebagai literature review dalam Bahasa Inggeris merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Sebelum memulakan kajian, para pengkaji mesti membuat kajian kepustakaan kerana ia dapat memberikan panduan serta idea yang baik untuk memulakan sesuatu kajian. Tetapi kajian kepustakaan ini harus diteruskan dan sering diamalkan dalam proses kajian supaya dapat memperolehi maklumat yang terkini dan berguna. Kajian Perpustakaan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menginterpretasi maklumat yang dirujuk.

Langkag-langkah dalam kajian kepustakaan
1) Membanding beza- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, fizikal, dan unsur dan digunakan dalam membuat keputusan.
2) Menganalisis -mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
3) Menilai- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Ia digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu,menerima atau menolak sesuatu.
4) Membuat kesimpulan- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau memperkukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
5) Mensintesis - menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan esei, lukisan dan artifak.

Wednesday, May 13, 2009

Kuliah Minggu 3: Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Pengenalan
Perubahan dalam pendidikan merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan. Tettapi, perubahan yang berlaku dalam pendidikan kadang-kala akan mewujudkan ketidakpastian. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda. Perubahan adalah satu proses yang kompleks atau rumit. Perubahan sering dikaitkan dengan Proses Evolusi yang mengatakan perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan Proses Revolusi yang menghuraikan perubahan adalah pantas serta meninggalkan kesan yang membinasakan.

Jenis-jenis perubahan
Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1. Perubahan ke arah peningkatan
Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti: berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, memperkenalkan teknologi baru, mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan dan komitmen dan produktiviti staf.

2. Perubahan stategik Organisasi
Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur dan strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran.

3. Perubahan Reaktif
Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan. Sebagai contoh:perubahan yang dilakukan atas kepekaan pelanggan terhadap isu-isu semasa dan etika memerlukan organisasi atau perubahan dari segi prosedur dan cara layanan

4. Perubahan Akibat Daripada Jangkaan
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

Model-Model Perubahan
Terdapat empat model yang boleh digunakan dalam huraian perubahan, iaitu:
1. Model Pengggabungan Roger
2. Moderl Kanter
3. Model Rand
4. Model ACOT

1. Model Penggabungan Roger
Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti. Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang. Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak. Seterusnnya menghasilkan inovasi. Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan

2. Model Kanter
Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa 4 tugas utama iaitu
1. Penjanaan Idea
2. Membina Idea
3. Realisasi Idea
4. Pemindahan Idea

3. Model Rand
Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978). Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan serta memandu ke arah pengumpulan data dan analisis. Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan
3 langkah iaitu
Langkah 1: Daya usaha ( Initiation )
Langkah 2: Implementasi
Langkah 3: Penggabungan

4. MODEL ACOT
Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur. Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu
i. Kemasukan ( Entry )
ii. Memilih ( Adoption)
iii. Menyesuaikan ( Adaptation )
iv. Penggunaan ( Appropriation )
v. Mereka cipta ( Invention )

Tuesday, May 12, 2009

AKTIVITI 3 - KERJA KUMPULAN 4/5/09

Nyatakan 8 sebab mengapa individu menentang perubahan dan penyelesaian.

Sebab-sebab individu menentang perubahan:
1) takut kepada risiko kegagalan apabila berlaku perubahan
2) individu tidak yakin untuk melakukan perubahan
3) individu berasa selesa dengan situasi sedia ada dan kurang bermotivasi untuk berubah
4) individu salah faham mengenai konsep perubahan dan berangganpan berubah memerlukan usaha yang besar
5) individu malas berusaha untuk merancang dan melaksanakan perubahan ke arah peningkatan
6) individu kurang pengetahuan mengenai kepentingan perubahan
7) individu berfikiran negatif dengan menganggap perubahan akan mengganggu kehidupan mereka
8) mempunyai pengalaman yang pahit dan susah dilupakan

Penyelesaian-Penyelesaian
1) memberikan pengetahuan dan penerangan yang jelas mengenai konsep perubahan perlu diberikan kepada individu
2) meningkatkan keyakinan dalam diri supaya berani berhadapan dengan perubahan perancangan yang teliti untuk berubah
3) berfikiran positif dan optimis terhadap perubahan yang berlaku
4) menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk mencapai yang lebih baik.

Disediakan bersama NorBahariah Baharin Wan Roziah Wan Endut

AKTIVITI 2 - KERJA KUMPULAN

Refleksi ke atas masalah terhadap sesuatu tajuk.
Selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar di mana kami diminta menjalani ‘mikroteaching’, kami dapati ada beberapa tajuk dalam subjek Biologi yang agak sukar diikuti dan difahami oleh pelajar-pelajar.


Bagi tugasan ini, kumpulan kami memilih tajuk ‘Microorganism’. Antara masalah utama yang dihadapi pelajar-pelajar daripada tajuk ini adalah:-
i) Terminologi yang digunakan dalam menamakan dan mengkelaskan mikroorganisma banyak dan agak asing bagi pelajar-pelajar menjadikan ia sukar difahami dan diingat. Contohnya: peptidoglycan,protozoa, pathogen dan chitin

ii) Kesukaran dalam membezakan ciri- ciri setiap kelas. Disebabkan mikroorganisma ini terlalu halus dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, jadi pelajar-pelajar agak lemah untuk mengimaginasi bentuk dan ciri-ciri yang ada pada setiap kelas mikroorganisma iaitu bacteria, fungi, algae dan protozoa. Ini menyebabkan pelajar hanya menghafal dan tidak memahami setiap cirri-ciri tersebut

iii) Bab ini mengandungi subtopik yang banyak dan memerlukan masa yang agak panjang untuk dikuasai.

Antara strategi yang dirancang adalah:
a) Mengarahkan pelajar mereka peta konsep untuk topik ini supaya mereka jelas dengan kandungan topic ini secara keseluruhan terlebih dahulu.
b) Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajara,n guru perlu memperkenalkan istilah atau terminology yang akan digunakan terlebih dahulu.Setiap terma mestilah diberi penerangan dengan jelas supaya pelajar biasa menggunakan terma tersebut semasa pembelajaran dan tidak mengganggu kefahaman mereka
c) Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai supaya lebih efisyen dan efektif.
d) Selain bantuan BBM, kaedah mengajar yang lebih kreatif dengan system Student –Centered Learning boleh diaplikasikan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam toipk ini.
e) Meminta pelajar melukis dan melabel setiap kelas mikroorganismai

Setelah merancang, kami akan melaksanakannya di dalam kelas semasa pembelajaran dan pengajaran . Ada tindakan yang memerlukan masa yang agak panjang bergantung pada kemampuan pelajar. Jika pelajar agak lemah, masa yang digunakan untuk setiap pelaksanaan akan lebih panjang. ABM yang akan kami gunakan adalah seperti video dan gambarajah. Kaedah makmal juga dilihat sebagai langkah berkesan untuk memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri rupa bentuk mikroorganisma tersebut. Kami akan membawa sampel atau slaid ke dalam makmal, dan pelajar akan memerhati menggunakan mikroskop. Selepas memerhati mereka akan diarahkan melukis pemerhatian mereka untuk menggambarkan perbezaan setipa kumpulan mikroorganisma. Cara ini dilihat mampu membantu pelajar dalam bentuk visual. Selain itu, kami juga akan menggunakan kaedah perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan di dalam kelas.

Bagi memantau pelaksanaan setiap perancangan yang kami lakukan, salah satu cara adalah kami akan merujuk dan bertanya pendapat rakan- rakan yang lebih berpengalaman mengenai kaedah yang kami jalankan. Kami juga akan sentiasa melihat kemajuan yang ditunjukkan semua pelajar dalam menguasai topik ini. Pemantauan akan dilakukan berterusan supaya kami dapat mengesan kelemahan dan kekurangan yang ada dalam perancangan kami. Ini merupakan salah satu cara kami memperolehi maklumat dalam tindakan kami. Seterusnya setiap kelemahan, akan kami baiki dengan menggunakan alternatif yang lebih berkesan.

Daripada pemantauan yang kami jalankan, kami akan refleks setiap tindakan kami. Keberkesanan pelaksanaan setiap perancangan kami, akan kami nilai melalui beberapa cara. Contohnya mengadakan kuiz atau sesi soal jawab bagi menguji kefahaman dan penguasaan pelajar dalam topik ini. Selain itu, kami juga boleh meminta pelajar melakukan pembentangan supaya setiap pelajar dapat menguasai topic ini dan proses pembelajaran menjadi lebih menarik. Jika pelajar menunjukkan pencapaian atau kemampuan yang baik dalam penilaian yang kami lakukan, ia menunjukkan perancangan kami berkesan dan sesuai digunakan. Jika masih ada pelajar yang tidak boleh memahami dan menguasai topik ini, ia menunujukkan perancangan dan tindakan kami memelukan penambahbaikan yang lebih mantap. Proses ini akan masuk ke kitaran ke dua.

Disediakan bersama
Wan Roziah Wan Endut
NorBahariah Baharin

Sunday, May 3, 2009

Aktiviti 1 - Refleksi Diri Selepas Mengikuti Program Bina Insan Guru

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, buat refleksi ke atas masalah dalam diri anda.
Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda.
Dan rancang pelan tindakan untuk menambah baik

  • Matlamat
  • Objektif
  • Pelan tindakan
  • Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
  • Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
  • Bagaimana anda ingin memantau apa yang dilaksanakan
  • Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan dicapai

Penambahbaikan yang perlu dilakukan pada diri: Meningkatkan daya kepimpinan

Matlamat

  1. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.
  2. Lebih bersedia untuk menghadapi cabaran.
  3. Bersikap terbuka dan menerima segala nasihat dan teguran.
  4. Berpandangan pasitif dan sentiasa mencari penyelasaian yang terbiak untuk masalah yang dihadapi.

Objektif

  1. Menerima tugasan dengan hati yang terbuka serta memandangnya sebegai satu cabaran dan bukannya satu bebanan
  2. Membuat perancangan sebelum memulakan sesuatu tugasan
  3. Melaksanakan tugasan yang diberikan dengan terancang dan teratur.
  4. Memastikan tugasan yang dilaksanakan adalah lancar.
  5. Mendapatkan nasihat apabila menghadapi masalah

Pelan Tindakan
Bagi meningkatkan daya kepimpinan daya diri sendiri, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang pengerusi Program Rekreasi Dalam Kominiti dengan baik. Ini merupakan satu peluang yang tepat pada masanya untuk saya melatih diri sendiri kerana sebelum ini saya tidak ada pengalaman dalam mengetuai satu projek. Selain itu, saya juga perlu melatih diri untuk merancang dan membahagi tugasan-tugasan saya dengan berkesan supaya tugasan-tugasan tersebut dapat dihantai atau siap di dalam masa yang ditetapkan.
Untuk proses mengumpul data, saya akan bertanya kepada rakan-rakan saya tentang tindakan yang telah saya ambil. Saya juga akan meminta nasihat daripada mereka serta membuat perbandingan dengan diri sendiri. Dalam Projrk Rekreasi Dalam Kominiti, sekiranya saya mendapat teguran daripada rakan-rakan atau pensyarah, ini bermakna saya telah buat silap dan perlukan pembetulan.
Pemantauan boleh dilakukan dengan menyediakan satu senarai semak aktiviti. Saya perlu faham dan jelas dengan perkembangan yang saya ingini sebelum menyediakan senarai semak tersebut. Saya perlu menyemak perkembangan aktiviti atau pelajaran setiap minggu supaya ia mengikut apa yang telah dirancangkan. Selain itu, saya juga akan membuat perbandingan diri dengan rakan-rakan saya.
Untuk menilai sama ada apa yang dirancang atau dilaksanakan tercapai atau tidak, saya rasa saya perlu menerima lagi tugasan atau tanggungjawab yang lain supaya saya boleh membuat perbandingan. Secara keseluruhan, sekiranya saya bersedia untuk menerima cabaran dengan hati yang terbuka, penuh keyakinan dan bersemangat, maka saya beranggapan apa yang telah dilakukan berjaya.